Friday, August 13, 2010
Pengenalan
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Nama saya Raja Shahrin dan berusia 18 tahun, (lepasan SPM) berasal dari Ipoh, Perak. Saya baru sahaja mencuba nasib di dalam dunia blog ini. Tujuan saya membuat blog ini supaya saya dapat menceritakan tentang pengalaman saya sendiri tentang piano dan gitar. Saya sebenarnya pandai bermain gitar tetapi tidaklah semahir man kidal atau joe wings. Tapi boleh la jugak main lagu.(asal tak sumbang sudah ler). Untuk pengetahuan anda yang membaca blog saya yang tak seberapa ni, mak saya seorang cikgu sekolah rendah yang mengajar dalam bidang muzik. Mak saya pernah bercerita tentang seorang rakannya, bahawa dia mengatakan piano lebih senang untuk dipelajari dan alatan yang paling susah untuk dimainkan ialah gitar.Jadi, hati saya tergerak untuk membina laman blog ini,(mungkin sebab tak puas hati kut, sebab saya main gitar. senang giler!!!) untuk menceritakan pengalaman saya sendiri tentang piano.Saya tahu, lain orang, lain pendapat dan citarasanya. Jadi saya cuba menjelaskan dari sudut logik. Anda akan faham apa yang saya cuba maksudkan di lain cerita. Kebetulan pula, saya sedang belajar cara bermain piano di kelas muzik yamaha. Saya belajar pun bukan saja-saja. Pada tahun hadapan, mungkin saya akan masuk di dalam bidang perguruan jika ada peluang, insyaallah. Jadi untuk memastikan saya bersedia, saya kena ler berlatih dulu. Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Mana la tahu kalau diorang mintak saya main piano, kena lak baca not muzik, tak ke susah? Setakat ni, sudah dua minggu saya belajar. Setakat ini, tiada apa-apa masalah untuk bermain. Apa yang penting, practice, practice, practice. Cuma nak baca not je yang wat kepala jem sikit.(hehehe..)Apa-apa pun, setakat ini sahaja yang saya dapat taipkan(lenguh jari ni menaip).Tidak dilupakan juga, blog ini dikhususkan kepada mereka yang pandai dalam bidang muzik tak kira la pandai main gitar ke, piano, atau apa sahaja.Kalau ada yang berminat dalam dunia muzik ni pun, boleh juga. Kita boleh berkongsi idea, pendapat, ataupun pengalaman tidak kira bangsa, ataupun agama. Kitakan satu Malaysia.Hahaha.Maklumat lanjut anda boleh melayari facebook saya dan jangan lupa add ym saya.-gytaraje@yahoo.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau dah baca 2, kalau boleh bagi ler komen2 yg membina. Saya ni budak baru belajar. Banyak ilmu yang ingin saya pelajari di sini.
ReplyDelete