Monday, September 6, 2010

Makin Lama Makin Susah

Assalamualaikum. Bertemu lagi kita pada hari ini dengan post terbaru saya. Saya sudah lewat beberapa minggu untuk meng-updated blog saya ni. Nak kata sibuk, tak jugak. Tetapi kadang-kadang ada halangan sedikit apabila hendak meng-updated post terbaru saya. Apa-apa pun, kita berbalik pada tajuk utama kita pada hari ini. Yang mana lebih senang ataupun susah untuk dimainkan. Piano ataupun gitar? Untuk beberapa minggu saya belajar piano, saya diajar untuk membaca not sambil bermain. Untuk gred 1, saya perlu membaca not dengan pantas dan cekap. Ini penting supaya apa yang kita baca, dapat dimainkan. Jika tidak, kita mungkin akan tersangkut seketika apabila lagu sedang dimainkan ataupun tempo kita akan terjejas. Ini kerana, kita tidak tahu apa not yang sedang kita baca. Kita seperti perlu membaca semula. Sebagai contoh macam kita menghafal sifir la. Kalau cikgu tanya 6 kali 9 berapa.? Kalau kita hafal betul-betul, sudah tentu kita dapat menjawab dengan cepat.kalau tidak, kene la kira dari awal. Paling nak cepat pun, guna kalkulator. Jadi, itulah yang perlu saya tekankan dan perlu dilatih hari-hari. Tapi itulah masalahnya. Saya kurang berlatih dan tidak fokus. Hasilnya, tidak memuaskan. Lebih-lebih lagi, saya diajar key lain pula iaitu key G. Biasanya, untuk permulaan, begginer akan diajar key yang paling senang iaitu key C, kerana key ini tidak mempunyai sharp dan flat. Bukan itu saja yang saya sedang runsingkan. Sekarang ini, saya perlu tekan dua note serentak di bahagian tangan kiri saya. Lebih susah. Seperti yang saya katakan tadi, membaca not perlu cekap dan pantas. Saya perlu tahu not yang hendak ditekan serentak. Pening-pening. Tapi buat masa ni boleh la saya relax sekejap, sebab minggu depan cuti hari raya. Jadi takdelah kelas. Apa-apa pun sampai di sini sajalah yang dapat saya ceritakan di blog pertama saya ni. Nak cerita lebih detail, kadang-kadang saya sendiri pun tak reti nak terangkan. Mungkin bila saya update post yang lain, saya akan cuba terangkan dengan gambarnya sekali supaya anda lebih paham. Oklah, sebagai penutup, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa pada kaum muslim diseluruh dunia. Jangan ponteng puasa, rugi tau. Lagi 2 hari je nak raya. Sabar. Hehehe. Oklah, bertemu di minggu yang lain pula. Insyaallah. Assalamualaikum.

Sunday, August 15, 2010

Minggu Ketiga Yang Agak Sukar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi di dalam post terbaru saya tentang piano dan gitar. Sebelum saya menaip tentang topik yang akan saya terangkan, saya ingin mengingatkan kepada anda bahawa topik ini bukan sahaja berkisar tentang piano, tetapi gitar juga sama. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen, anda boleh menjadi kawan saya di facebook dan ym saya, gytaraje. Sebagai contoh, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang gitar, terutama kepada yang baru hendak belajar, saya akan cuba menjawab. Seperti yang saya katakan, di hari yang lepas(lihat post saya yang pertama "pengenalan") saya bukan orang yang mahir sangat, tetapi sebagai orang yang sudah tahu tentang asas bermain gitar, anda tidak perlu malu untuk bertanya. Saya juga tidak kisah jika anda lebih mahir bermain gitar daripada saya. Kita boleh berkongsi pengalaman dan ilmu masing-masing.Silakan komen di blog saya ok? Tetapi, kalau anda hendak bertanya tentang piano, saya tidak dapat membantu sangat, sebab saya pun masih dalam proses pembelajaran dan teori asas muzik. Inilah tujuan saya untuk membina blog ini. Saya harap, apa yang saya belajar, dapat dikongsikan dengan sesiapa sahaja yang membaca blog saya ini. Terima kasih. Ok, panjang pulak cerita saya ni. Mesti bosan kan? Yelah, saya ni cuba hendak berkongsikan ilmu, tiada apa-apa yang saya boleh berikan kepada anda yang hendak belajar gitar atau pun piano. Saya cuma menceritakan tentang pengalaman saya. Mmm, tentu anda pelik dengan tajuk saya hari ini. Minggu pertama takde, minggu kedua pun sama. Biar betul mamat yang menaip blog ni. Terlupa nak tulis ke sampai terus skip ke minggu yang ketiga.? Hehehe. Anda jangan salah faham. Itu sebab anda kena membaca post saya yang terdahulu, baru la anda tidak pening kepala. Sepatutnya saya kena buat blog ni 2 minggu lebih awal sebab saya start belajar piano dalam dua minggu yang lepas. Jadi atas sebab kelewatan dan juga sedikit masalah untuk membina blog ini, saya terpaksa skip cerita saya. Apa-apa pun, anda jangan risau. Minggu pertama saya cuma belajar lagu yang senang, mudah (bagi beginner, mungkin susah kut.Tetapi bagi saya, ia tidaklah sesukar mana) dan anda juga diajar tentang teori muzik iaitu dengan membaca not. Ya, saya tahu. Membaca not yang buatkan kepala kita ni blur sekejap. Tetapi jika anda selalu berlatih dan juga ada kemahuan yang tinggi, anda buat, anda dapat.Hahaha, macam pernah ku dengar ayat ni. Lepas tu, semuanya kacang je. Pada minggu kedua pun sama juga, tetapi dengan lagu yang lain dan not-not muzik yang baru seperti, key signature, berapa harkat panjangnya not itu yang dimainkan dan teknik yang betul untuk bermain piano terutama dengan jari kita. Saya ada masalah sedikit dengan penjarian saya apabila saya bermain piano. Teknik menekan memang tidak sama dengan teknik penjarian gitar.Kalau gitar, jari kita tidak boleh terlalu jauh dari fret. Itulah salah satu teknik jika anda nak buat solo ataupun bermain kord(chord) gitar dengan laju. Tetapi bagi piano pula, tidak boleh digunakan di dalam teknik yang sama agar kita tidak tertekan key lain. Kena jauhkan sedikit. Tetapi jika anda tidak setuju dengan apa yang saya paparkan ini, anda boleh komen terutama yang pakar tentang piano sebab saya telah diajar tentang perkara itu. Saya cuma budak baru belajar. Jangan marah ye. Kita di sini hendak berkongsi ilmu sahaja. Niat saya baik untuk membantu anda yang hendak belajar piano. Kita sama-sama belajar. Pada minggu yang ketiga pula, saya telah diajar lagu baru yang mempunyai not seperti sharp, flat dan natural. Agar blur sikit sebab saya sekarang ni boleh dikatakan dah pandai la sikit-sikit baca not, tetapi masalahnya, saya tak tahu apa yang saya tekan. Saya tekan ni not C ke G ke F ke. Saya main agak je. Kalau anda nak tahu inilah yang dikatakan play by heart. Itu sebab ramai orang yang main gitar tapi tidak tahu membaca not masih hebat. Tetapi saya tidak katakan semua. Hanya segelitir sahaja yang begitu. Jadi saya kena lebihkan usaha. Bak kata adnan sempit, di mana ada kemahuan, di situ ada highway. Eh, saya rasa peribahasa ni tak sesuai kut sebab kita tidak boleh ambil jalan mudah. Kalau anda tidak berlatih dengan betul, anda tidak dapat bermain dengan cara yang betul terutama jika kita berlatih lagu yang baru ataupun jika kita mengambil peperiksaan ABRSM. Apa dia? ABRSM tu apa? Nanti saya akan ceritakan di post yang lain. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ni. Assalamualaikum dan bye2.

Friday, August 13, 2010

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Nama saya Raja Shahrin dan berusia 18 tahun, (lepasan SPM) berasal dari Ipoh, Perak. Saya baru sahaja mencuba nasib di dalam dunia blog ini. Tujuan saya membuat blog ini supaya saya dapat menceritakan tentang pengalaman saya sendiri tentang piano dan gitar. Saya sebenarnya pandai bermain gitar tetapi tidaklah semahir man kidal atau joe wings. Tapi boleh la jugak main lagu.(asal tak sumbang sudah ler). Untuk pengetahuan anda yang membaca blog saya yang tak seberapa ni, mak saya seorang cikgu sekolah rendah yang mengajar dalam bidang muzik. Mak saya pernah bercerita tentang seorang rakannya, bahawa dia mengatakan piano lebih senang untuk dipelajari dan alatan yang paling susah untuk dimainkan ialah gitar.Jadi, hati saya tergerak untuk membina  laman blog ini,(mungkin sebab tak puas hati kut, sebab saya main gitar. senang giler!!!) untuk menceritakan pengalaman saya sendiri tentang piano.Saya tahu, lain orang, lain pendapat dan citarasanya. Jadi saya cuba menjelaskan dari sudut logik. Anda akan faham apa yang saya cuba maksudkan di lain cerita. Kebetulan pula, saya sedang belajar cara bermain piano di kelas muzik yamaha. Saya belajar pun bukan saja-saja. Pada tahun hadapan, mungkin saya akan masuk di dalam bidang perguruan jika ada peluang, insyaallah. Jadi untuk memastikan saya bersedia, saya kena ler berlatih dulu. Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Mana la tahu kalau diorang mintak saya main piano, kena lak baca not muzik, tak ke susah? Setakat ni, sudah dua minggu saya belajar. Setakat ini, tiada apa-apa masalah untuk bermain. Apa yang penting, practice, practice, practice. Cuma nak baca not je yang wat kepala jem sikit.(hehehe..)Apa-apa pun, setakat ini sahaja yang saya dapat taipkan(lenguh jari ni menaip).Tidak dilupakan juga, blog ini dikhususkan kepada mereka yang pandai dalam bidang muzik tak kira la pandai main gitar ke, piano, atau apa sahaja.Kalau ada yang berminat dalam dunia muzik ni pun, boleh juga. Kita boleh berkongsi idea, pendapat, ataupun pengalaman tidak kira bangsa, ataupun agama. Kitakan satu Malaysia.Hahaha.Maklumat lanjut anda boleh melayari facebook saya dan jangan lupa add ym saya.-gytaraje@yahoo.com